18 terkorban runtuhan lombong emas di Niger
NIAMEY - Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dalam kejadian runtuhan lombong emas di selatan Niger pada Ahad, kata pihak berkuasa.
Kejadian berlaku di selatan wilayah Maradi, bersempadan dengan Nigeria.
Datuk Bandar Dan Issa, Adamou Guero berkata, angka kematian dijangka akan meningkat.
"Kami tiba ke tempat kejadian semalam dan orang ramai masih mencari mangsa yang terperangkap.
"Kejadian seperti ini sering berlaku di lombong emas dan ia sukar untuk dikawal," katanya.
Operasi lombong haram lazim berlaku di Niger, menjadi sumber mata pencarian ribuan orang miskin di negara itu, mendedahkan mereka kepada risiko kecederaan serius atau kematian. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!