25 murid maut sekolah terbakar di Niger

Kira-kira 25 murid terkorban dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah di Niger pada Isnin. - Foto Twitter/@AhmadouAtafa
Kira-kira 25 murid terkorban dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah di Niger pada Isnin. - Foto Twitter/@AhmadouAtafa
A
A
A

NIAMEY - Kira-kira 25 murid terkorban dalam insiden kebakaran di sebuah sekolah di Niger pada Isnin.

Menurut Pengarah Pelajaran Daerah, Maman Hdi, 14 pelajar lain cedera dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Maradi, ketika mangsa sedang berada di dalam bilik darjah.

"Buat masa ini punca kejadian pasti belum dapat dipastikan," katanya.

Tambahnya semua kelas ditangguhkan buat masa ini dan tiga hari berkabung telah diisytiharkan di Maradi.

Pihak berkuasa membina ribuan pondok jerami yang digunakan sebagai bilik darjah, dengan muridnya kadang-kadang terpaksa duduk di atas lantai.

Ini kali kedua kebakaran di sekolah menyebabkan kematian berlaku di negara itu tahun ini.

April lalu, 20 murid prasekolah maut dalam kebakaran di sebuah sekolah di Niamey.

Susulan kejadian, kabinet pada Isnin memutuskan semua sekolah di negara itu dilarang menggunakan atap jerami. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!