Adly guna skuter elektrik edar risalah di rumah penduduk

Adly Zahari memulakan kempen normal baharu dengan pendekatan tersendiri apabila beliau sendiri turun mengedarkan risalah di kawasan penduduk.
Adly Zahari memulakan kempen normal baharu dengan pendekatan tersendiri apabila beliau sendiri turun mengedarkan risalah di kawasan penduduk.
A
A
A

MELAKA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari memulakan kempen normal baharu dengan pendekatan tersendiri apabila beliau sendiri turun mengedarkan risalah di kawasan penduduk.

Lebih menarik perhatian, beliau yang juga bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, turun mengedarkan risalah di sekitar DUN berkenaan menggunakan skuter elektrik bagi memudahkan pergerakan.

Pendekatan itu susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menghalang kempen secara bersemuka sepanjang tempoh kempen sehingga 19 November depan.

"Pagi ini turun edarkan risalah di sekitar DUN Bukit Katil. Cuaca cerah pagi ini diharap akan berterusan sehingga ke hari pengundian.

"Pesanan kepada rakyat Melaka, jangan takut untuk keluar mengundi pada 20 November nanti, ikuti SOP yang telah ditetapkan. Masa depan lima tahun negeri Melaka terletak di tangan anda. Sayangilah negeri kita," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

SOP terkini PRN Melaka yang diumumkan SPR pada Isnin melarang semua 112 calon bertanding mengadakan sebarang aktiviti kempen bersemuka, ziarah rumah ke rumah berhimpun dan tinjauan mesra (walkabout).

Bagaimanapun, berdasarkan SOP yang diumumkan, calon dibenarkan menggunakan kenderaan bergerak dan mengedarkan risalah ke peti surat untuk tujuan kempen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!