'Ketepikan perbezaan ideologi politik, perkuat persahabatan'

Azhar Azizan - Foto fail Bernama
Azhar Azizan - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen diseru supaya tidak menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai halangan untuk mereka memperkukuhkan persahabatan masing-masing.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ini kerana beliau berpandangan hal-hal berkaitan ‘kehangatan politik’ tidak sewajarnya memberi kesan hubungan persahabatan itu.

Harapan itu diluahkan Azhar Azizan ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Yang Dipertua Dewan Rakyat bersama-sama Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Media di Dewan Bankuet Parlimen di sini pada Selasa.

Azhar Azizan (dua dari kanan) berbual dengan Rais (dua dari kiri) ketika menghadiri majlis ramah mesra di Dewan Bankuet Parlimen pada Selasa.
Azhar Azizan (dua dari kanan) berbual dengan Rais (dua dari kiri) ketika menghadiri majlis ramah mesra di Dewan Bankuet Parlimen pada Selasa.

“Kita sudah lama tidak mengadakan majlis seumpama ini, bukan sahaja di Parlimen tapi seluruh Malaysia tidak dapat mengadakan majlis-majlis perayaan.

“Ini kali pertama dalam tempoh dua tahun tiada majlis yang sebegini. Jadi saya harap pada hari ini, kita dapat menikmati hidangan bersama-sama dan dapat memperkuatkan persahabatan kita semua.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun kita mempunyai ideologi persefahaman politik yang berlainan, walaupun kita ada kehangatan politik terutamanya di Melaka sekarang ini Pilihan Raya Negeri (PRN) dan sebagainya, tapi saya rasa persahabatan kita tidak perlulah memberi kesan kerana fahaman politik dan ideologi politik yang berbeza,” katanya.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!