Rang Undang-Undang Kewangan 2021 dibentang di Dewan Rakyat

Dewan Rakyat - Foto Bernama
Dewan Rakyat - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2021 melibatkan pindaan ke atas lapan akta untuk melaksanakan langkah Bajet 2022 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa.

Ia melibatkan Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018.

RUU itu tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah yang membentang RUU berkenaan, bacaan kali kedua RUU itu akan turut dibuat pada sesi kali ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!