Potong peruntukan Jabatan Audit Negara tidak munasabah

Akmal Nasrullah pada sidang akhbar di Parlimen pada Selasa.
Akmal Nasrullah pada sidang akhbar di Parlimen pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengulangi gesaan supaya kerajaan mempertimbang kembali cadangan untuk mengurangkan jumlah peruntukan kepada Jabatan Audit Negara dalam Bajet 2022.

Ini kerana katanya, cadangan itu jelas sekali tidak masuk akal memandangkan jabatan itu memainkan peranan yang besar untuk membuat audit dalam semua projek pelaksanaan kerajaan.

“Saya mengulangi gesaan kepada kerajaan dalam soal Bajet 2022 untuk menimbang kembali cadangan ataupun yang telah disebut dalam dokumen bajet bahawa peruntukan kepada Jabatan Audit Negara akan dipotong untuk tahun 2022 ini sebanyak RM4 juta kepada RM154 juta.

“Ini (jelas) tidak masuk akal dalam keadaan kita tahu belanjawan yang dibentangkan ini juga menjadi belanjawan paling besar dalam sejarah negara.

“Tetapi dalam soal pemantauan, soal audit dipotong, ia jelas tidak munasabah,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen pada Selasa.

Jelasnya, dengan jumlah peruntukan yang lebih besar membolehkan agensi itu memainkan peranan dalam skop yang lebih luas untuk membuat pemantauan atau audit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!