Pencawang elektrik di Bukit Jelutong terbakar
SHAH ALAM - Sebuah pencawang elektrik terbakar dalam kejadian di Bukit Jelutong, Seksyen U8 pada petang Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima makluman kejadian kira-kira jam 4 petang.
"Sepasukan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 4 petang.
"Kebakaran itu melibatkan sebuah pencawang masuk utama (PMU) yang mengalami kebakaran sebanyak 80 peratus," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!