10 rumah, empat rumah kedai musnah terbakar

Operasi pemadaman kebakaran sedang dilakukan pihak bomba di lokasi kejadian melibatkan empat buah rumah kedai dan 10 rumah kediaman di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu pada malam Selasa.
Operasi pemadaman kebakaran sedang dilakukan pihak bomba di lokasi kejadian melibatkan empat buah rumah kedai dan 10 rumah kediaman di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu pada malam Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - 10 rumah kediaman dan empat buah rumah kedai musnah sekelip mata dalam kebakaran di Jalan Sultanah Zainab di sini pada jam 7.22 malam Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Wildan Azhari berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.25 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

Mohd Wildan berkata, disebabkan kebakaran melibatkan kawasan yang besar, pihaknya terpaksa mengerahkan tenaga 70 anggota pelbagai pangkat dari tujuh balai iaitu Kota Bharu, Tunjong, Kota Darul Naim, Wakaf Bharu, Pengkalan Kubor, Tanah Merah dan Pasir Tumboh.

"Untuk maklumat awal, kami difahamkan ia tidak melibatkan mangsa. Punca dan kerugian juga masih dalam siasatan. Kita akan maklumkan selepas mendapat maklumat rasmi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Empat buah rumah kedai dan 10 rumah kediaman musnah dalam kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu pada malam Selasa.
Empat buah rumah kedai dan 10 rumah kediaman musnah dalam kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu pada malam Selasa.

Beliau memberitahu, sembilan jentera ditugaskan melibatkan empat Fire Rescue Tender (FRT), sebuah LFRT, satu jentera EMRS dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu kami juga mendapat bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 30 anggota dan 12 dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)," katanya.

Mohd Wildan berkata, api berjaya dikawal secara keseluruhan pada jam 9.06 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!