BERSAMA KITA MEREKA - bagus untuk perniagaan, perindustrian dan pemilik rumah

No Image Caption
A
A
A

Setiap orang pastinya ada impian untuk memiliki sebuah kediaman yang memenuhi cita rasa dan kehendak masing-masing. Rumah bertanah dengan reka bentuk menarik, ada ciri-ciri inovatif dan penuh kenyaman untuk menikmati hidup bersama keluarga tercinta – antara aspriasi kediaman idaman.

Begitu juga bagi usahawan, pastinya mereka mengimpikan suatu kawasan komersial atau perindustrian yang mampu menjadi pemangkin untuk memacukan lagi potensi perniagaan di masa depan.

Namun kebiasaannya, kesemua kriteria rumah, pejabat mahupun ruang komersial impian itu pastinya datang bersama harga yang mahal. Di luar kemampuan kebanyakan mereka yang baru membina keluarga, pembeli pertama kali ataupun usahawan muda.

Jika anda masih tercari-cari kediaman, ruang pejabat atau kawasan komersial yang memenuhi keinginan, anda boleh bergantung harap kepada EcoWorld.

EcoWorld, syarikat pemaju dan hartanah Malaysia yang mempunyai 20 projek yang sedang berjalan di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang.

Kepakaran EcoWorld dalam bidang harta tanah tidak perlu dipertikaikan lagi - daripada pembangunan perumahan konvensional yang menawarkan konsep rumah inovatif sehinggalah kepada pembangunan komersial. EcoWorld juga merupakan salah satu entiti dalam industri hartanah yang mempunyai kawasan hijau dan bersih terbesar di negara ini.

Dengan visi Mencipta Hari Esok dan Masa Depan, EcoWorld juga berusaha untuk menjadi peneraju dan pakar inovasi - perniagaan bukan tradisional dengan memberikan kesan positif kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam usahanya mengejar impian memenuhi visi.

Pada 2020, EcoWorld berinpirasi melancarkan sub jenama - duduk, khusus untuk memenuhi keinginan golongan M40 dengan memanfaatkan kelebihan daripada aspek insfrastruktur terbaik, pembanginan persekitaran dan kemudahan komprehensif dalam dunia perumahan matang EcoWorld.

Artikel Berkaitan:

BERSAMA KITA MEREKA

Konsep Mencipta Hari Esok dan Masa Depan adalah suatu usaha kolektif dan EcoWorld sentiasa seiring memenuhi keinginan para pelanggan - mencipta bersama gaya hidup, perniagaan dan komuniti yang serasi dengan aspirasi mereka.

Hasrat EcoWorld bukan sekadar mengenai membina ruang kediaman iaitu mereka juga ingin melengkapkan gaya hidup pelanggan, memupuk perkembangan dan mewujudkan komuniti lestari.

EcoWorld sentiasa menjadi sebahagian daripada penciptaan bersama para pelanggan mereka. EcoWorld menyediakan konsep reka bentuk dan inovasi hijau, manakala pelanggan pula menyampaikan keinginan dan kehendak mereka.

Dengan kombinasi ini, EcoWorld mencipta kediaman yang akan memenuhi impian anda untuk hidup dalam persekitaran harmoni bersama keluarga tersayang dari generasi yang tidak sama.

Penciptaan nilai bersama pelanggan tidak hanya terhenti setakat pelanggan EcoWorld menerima kunci kediaman masing-masing, tetapi syarikat juga menjunjung tinggi tanggungjawab perniagaan dengan mengekalkan kelestarian komuniti untuk jangka masa panjang,

Justeru itu, EcoWorld akan terus bersama para pelanggan bermula dari saat perkhidmatan pembelian sehingga mereka merasa selesa dan tenang di kediaman impian itu.

Kesemua elemen itu cukup bermakna bagi EcoWorld kerana setiap satu produk itu diinspirasikan oleh PELANGGAN dan dicipta berdasarkan kepada aspirasi kehidupan mereka.

BERSAMA KITA MEREKA KEHIDUPAN CERIA

No Image Caption

Setiap kediaman dan ruang yang dibina oleh EcoWorld dihasilkan untuk memenuhi keinginan anda sebagai pelanggan yang pastinya memiliki cita rasa berbeza-beza.

Oleh itu, garapan kehidupan yang dijelmakan oleh EcoWorld adalah kehidupan yang menjadi impian anda tanpa mengira generasi.

Setiap ciptaan EcoWorld bukan hanya diinspirasikan dari keinginan dan aspirasi sebenar para pelanggan - ia juga merupakan penciptaan nilai bersama anda kerana hanya anda yang tahu apakah yang diinginkan dalam kehidupan.

Melalui kajian trend pembelian hartanah dan kehendak pengguna, EcoWorld menemui beberapa jurang dalam beberapa penawaran produk. Sebagai contoh, EcoWorld melihat kepada kehendak produk dalam kalangan pembeli pertama kali dan juga keluarga muda.

Begitu juga dengan keluarga yang sentiasa ingin berada dekat antara satu sama lain tetapi bukan di bawah satu bumbung.

Lompang keinginan itulah yang memacu EcoWorld untuk mencipta produk seperti Co-Home and ErgoHomes.

Co-home adalah konsep hidup setingkat dan bertanah dimana anda boleh memilih unit di tingkat satu ataupun unit tingkat bawah. Dengan Co-Home, EcoWorld mengenalpasti dua kehendak utama yang menjadi aspriasi para pembeli - kehidupan di rumah bertanah dan kemampuan untuk memilikinya.

No Image Caption

Dalam masa sama, EcoWorld juga ingin memenuhi kehendak pelbagai generasi iaitu keluarga yang ingin berdekatan antara satu sama lain namun bukan dalam satu rumah sama.

Manakala dengan ErgoHomes, berkonsepkan semangat kejiranan dengan ruang yang lebih efisen, diinspirasikan melalui sains ergonomik.

Tidak seperti rumah teres tradisional, setiap unik direka bentuk menjadi unit sudut kerana keunikan kedudukannya.

ErgoHomes dilahirkan untuk keperluan rumah bertanah mampu milik dengan ruang yang luas.

No Image Caption

Kedua-dua produk ini direka kerana EcoWorld memahami kehendak pasaran. Konsep dan idea dipadankan dengan harga yang menarik untuk pembeli rumah pertama dan keluarga muda.

Sebagai alternatifnya, koleksi Garden Homes oleh EcoWorld merupakan kediaman inovatif di mana anda boleh menikmati gaya hidup menyeronokkkan samada dalam rumah atau di kawasan luarnya.

Contohnya, Garden Homes di Eco Grandeur memiliki ruang taman seluas 5 kaki* yang boleh anda transformasikan menjadi taman zen ataupun sudut ketenangan anda sekeluarga. Manakala di Eco Botanic pula, terdapat ruang garaj seluas 10 kaki* dengan pemandangan hijau di depan dan di belakang kediaman yang cukup menenangkan. Anda boleh jadikan ruang itu sebagai pejabat di rumah, santai keluarga dan juga untuk adakan barbeku atau ruang luar untuk makan malam.

Tak ketinggalan juga ruang taman belakang berkeluasan 20 kaki* atau 30 kaki* di mana anak-anak anda boleh bermain tanpa risaukan kehadiran trafik kerana ia adalah kawasan bebas parkir.

Jika hati anda rasa tertarik dengan segala kelebihan itu, anda terboleh tinjau Garden Homes di Eco Grandeur, Klang dan Eco Botanic, Iskandar Malaysia. Anda juga boleh berhubung dengan Pasukan Eco Grandeuratau Pasukan Eco Botanic untuk maklumat lanjut.

No Image Caption

Bagi anda yang mengidamkan kediaman Semi-D atau banglo, Eco Horizon merupakan pilihan terbaik untuk memenuhi impian itu. Ini kerana kedua-dua jenis kediaman itu memiliki reka letak yang fleksibel yang membolehkan anda memaksimumkan kegunaan ruang untuk keluarga besar dan ketika meraikan tetamu.

Anda boleh menikmati suasana gaya hidup dalaman dan luaran dengan ruang kehijuan persendirian yang cantik dan ruang taman belakang cukup luas. Disamping segala kemudahan eksklusif rumah kelab, kesemua penghuni presint dijamin keselamatan dengan dengan kediaman berpagar, kawalan keselamatan dan kelengkapan CCTV. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai kediaman idaman itu, anda boleh hubungi Pasukan Eco Horizon

No Image Caption

BERSAMA KITA MEREKA KOMUNITI BERKEMBANG MAJU

No Image Caption

Bagi mereka yang masih baharu menceburi dunia perniagaan sebagai sumber rezeki, anda pastinya ingin mencari satu lokasi yang strategik untuk memastikan bisnes anda dapat berkembang pesat dalam suasana kondusif.

Jawapan dan keperluan anda pasti serasi dengan hala tuju EcoWorld.

Ketika bidang perbandaran EcoWorld terus berkembang pesat, ia memberi peluang terbaik kepada usahawan muda untuk meneroka prospek baharu bersama-sama syarikat hartanah terkemuka itu.

EcoWorld percaya kejayaan komuniti terbina melalui hubungan yang utuh dan berusaha mengejar matlamat yang sama.

Oleh sebab itulah, apabila menyentuh mengenai penciptaan suasana perniagaan hebat, EcoWorld adalah pasangan ideal untuk para usahawan ini.

Rangkaian perniagaan, hubungan dan kreativiti syarikat terhebat itu menumpukan kepada kelestarian sebagai ramuan terbaik untuk membawa perniagaan para pelanggan ke tahap seterusnya. Bersama kita membangunkan komuniti.

BERSAMA KITA MEREKA PERNIAGAAN LESTARI

No Image Caption

Pasukan Eco Business Park (EBP) EcoWorld cukup berkepakaran menyediakan penyelesaian untuk keperluan perniagaan para usahawan dan pastinya EBP berbeza dengan yang lain.

Produk hijau, penyelesaian inovatif dan lokasi strategik yang dicipta oleh EcoWorld memberikan segala yang anda perlukan dalam usaha perniagaan anda. Bersama kita memaksimumkan potensi sebenar anda.

Salah satu taman perindustrian yang dibangunkan oleh EcoWorld adalah Eco Business Park 1 (EBP) yang terletak di Tebrau, Johor yang menyediakan konsep ruang fleksi untuk perniagaan dengan jumlah keseluruhan 10Kn/m2. Amat sesuai untuk pejabat korporat, peruncitan, ruang pameran, gudang dan macam-macam lagi.

Setiap untuk didatangikan dengan ruang cahaya yang efisien bagi mengurangkan penggunaan lampu dan menjimatkan kos penyelenggaraan. Eco Business Park 1 juga direka untuk membolehkan para pemilik memperluaskan ruang lantai untuk pembangunan masa depan. Ketahui lebih lanjut mengenai EBP dengan menghubungi Pasukan Eco Business Park 1.

No Image Caption

Pendek kata, EcoWorld mampu memenuhi segala impian anda samaada untuk kehidupan bersama keluarga mahupun bagi potensi sebenar perniagaan anda.

Jadi, silalah luangkan masa anda untuk mengetahui mengenai projek-projek yang dibangunkan oleh EcoWorld dengan klik pautan di bawah:

- Garden Homes Eco Botanic Iskandar Malaysia

- Garden Homes Eco Grandeur Klang Valley

- EBP 1 Iskandar Malaysia

- Semi-D Bungalow Eco Horizon Penang

Atau layari EcoWorld untuk bagi maklumat lanjut.

*Tertakluk pada Terma & Syarat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!