Mesyuarat dengan MB Selangor dalam masa terdekat
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari dijangka mengadakan pertemuan dengan semua pihak yang terlibat dalam kemelut berhubung pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya dalam tempoh terdekat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
Exco Kerajaan Selangor V. Ganabatirau berkata anggota Kabinet daripada masyarakat India juga dijangka turut serta dalam pertemuan itu.
"Di peringkat kerajaan negeri, kita tidak akan mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi yang menetapkan kuil itu perlu dipindahkan ke satu kawasan baharu dan sekarang kita perlu hadapi empat pihak yang berbeza pendirian dalam hal ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Perkasa bidas kenyataan Waytha, Ganabatirau]
"Berdasarkan undang-undang sedia ada saya cadangkan agar satu jawatankuasa di peringkat kerajaan pusat dapat ditubuhkan bagi menyelia isu sebegini, seperti di Selangor kita ada Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam. Malahan jika Hindu Endowment Board dapat ditubuhkan pun bagus juga," kata Ganabatirau. – Bernama
Bukan masa sesuai adakan PRU, fokus selesai isu rakyat
Mudah diakses, urusan transaksi cekap - Pakar
Menginap sambil menimba ilmu agama
‘Terima kasih abah, itu umpama peluang kedua untuk hidup’
Pas pertikai tindakan PM mahu adakan PRU lebih awal
Ditipu 'pegawai kerajaan' RM13,000, pemilik restoran sedekah makanan ditempah
Pemfitnah UMNO perlu mohon maaf
Pelajar Tingkatan Enam terima BAP mulai Februari 2025
Tuduhan berat kaitkan pelantikan Tun Musa Aman dengan rasuah