Anggota bomba hero kami

Wakil persatuan dan penduduk mengisi penuh sebuah tangki air.
Wakil persatuan dan penduduk mengisi penuh sebuah tangki air.
A
A
A

KUANTAN – “Meski pun bukan tugas hakiki bomba hantar air, tapi mereka berkhidmat dan membantu penduduk dengan penuh dedikasi.”

Demikian kata Timbalan Pengerusi Persatuan Kome Cakna, Siti Aisyah Ismail yang terharu dengan perkhidmatan disediakan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pahang, khususnya dari Balai Pekan.

Menurutnya, anggota JBPM berada di gugusan Felda Chini sehingga jam 2 pagi malam tadi, menunggu proses penduduk mengambil air selesai.

“Hari ini bomba datang lagi agih bekalan air. Syukur ia sangat membantu keperluan penduduk yang amat mendesak pada ketika ini.

“Air yang dibekalkan JBPM sedikit sebanyak meringankan kesukaran lebih 600 keluarga gugusan ini, termasuk penduduk kampung orang asal dan persekitaran,” katanya kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Terdahulu, Siti Aisyah berkata, persatuan tersebut diketuai Pengerusi Kome Cakna, Jamil Yaakob, bersama Zakaria Abdul Hamid daripada PKR telah berjumpa dengan Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohamad membincangkan tentang bagaimana memohon bantuan tambahan air.

“Bantuan diberikan kerajaan negeri tidak mencukupi jadi persatuan telah bertemu JBPM dan sebelum itu kami juga ada dapatkan pandangan Yang berhormat, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin.

Artikel Berkaitan:

“Beliau juga sangat prihatin dan menyokong hajat kami minta bantuan daripada JBPM. Alhamdulillah JBPM bersetuju dan penduduk amat berterima kasih dengan inisiatif ini.

“Kalau ikut permohonan kami mahu JBPM teruskan bekalan sehingga keadaan pulih. Apa pun setakat ini JBPM sangat membantu dan kami sangat menghargainya,” katanya.

Menurutnya ada penduduk yang sudah berdepan gangguan bekalan air sejak sebulan lalu dan putus bekalan terus sejak lima hari kebelakangan ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!