Ribut landa SK Shah Alam, 100 murid terpaksa belajar di kantin

Musa (kiri) diringi Mohd Faizol (dua kiri) melihat proses pembelajaran murid di kantin SK Shah Alam.
Musa (kiri) diringi Mohd Faizol (dua kiri) melihat proses pembelajaran murid di kantin SK Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Kira-kira 100 murid terpaksa memulakan pembelajaran mereka hari ini di kantin sekolah berikutan ribut melanda Sekolah Kebangsaan (SK) Shah Alam di Seksyen 16, di sini pada petang Selasa.

Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, Musa Ismail berkata, kejadian ribut berlaku kira-kira jam 3.30 petang, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Sebaliknya, beliau berkata, kerosakan teruk dilaporkan berlaku pada bumbung tiga blok sekolah selain menjejaskan pendawaian elektrik, perabot sekolah dan buku-buku rujukan.

Kerosakan pada bumbung salah sebuah bangunan di SK Shah Alam.
Kerosakan pada bumbung salah sebuah bangunan di SK Shah Alam.

"Kerosakan perabot dan peralatan lain ini ekoran kelas terbabit digenangi air. Disebabkan keadaan ini, kira-kira 100 murid terpaksa memulakan pembelajaran mereka pada hari ini (Rabu) di kantin sekolah.

"Kita tidak mahu mereka meneruskan pembelajaran di tiga bangunan terbabit sehingga keadaan di bangunan tersebut telah dipastikan selamat untuk digunakan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan di SK Shah Alam selepas mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada Guru Besar SK Shah Alam, Mohd Faisol Abdul Majid pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!