Raducanu lantik Beltz selaku jurulatih baharu

Raducanu - Foto USA Today Sports
Raducanu - Foto USA Today Sports
A
A
A

JUARA Terbuka Amerika Syarikat (US Open), Emma Raducanu diberitakan telah melantik jurulatih kelahiran Jerman Torben Beltz, selaku jurulatih baharunya.

Menurut pemain berusia 18 tahun itu, dia sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan seorang jurulatih berkaliber seperti Beltz.

Malah katanya, dia berharap di bawah kendalian Beltz, ia dapat membantunya untuk kembali ke landasan kejayaan setelah tewas 1-6, 6-7 (0), 5-7 kepada pemain China, Wang Xinyu pada pusingan pertama Terbuka Linz, di Austria pada Selasa.

“Bagi saya, sesuatu yang hebat untuk bekerjasama dengan jurulatih yang berpengalaman seperti Beltz dan saya memang sangat teruja.

“Saya juga sudah tidak sabar untuk memulakan latihan di bawah kendaliannya di sepanjang sesi pra-musim menjelang tahun baharu nanti,” katanya.

Untuk rekod, Beltz pernah melatih bekas pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber sebelum ini dan membantu pemain Jerman itu memenangi dua gelaran Grand Slam apabila muncul juara Terbuka Australia dan Terbuka US pada 2016 lalu.

September lalu, Raducanu mengumumkan dia sudah tidak berada di bawah kendalian jurulatih, Andrew Richardson.

Selain itu, Bletz juga pernah membantu bintang tenis Croatia, Donna Vekic dengan memastikan pemain berkenaan berada dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia mulai 2017 hingga 2020, lalu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Raducanu juga menyifatkan dia berasa positif dengan kehadiran Beltz dan merasakan jurulatih berusia 44 tahun akan membantunya meraih lebih banyak kejayaan kelak.

“Saya dapat rasakan kehadiran Beltz sebagai sesuatu yang positif. Lihat sahaja pada rekodnya yang pernah membantu Kerber memenangi tiga gelaran Grand Slam.

“Kejayaan itu diharap akan dapat digunakan pula bagi membantu saya untuk meraih beberapa gelaran Grand Slam lagi setelah Terbuka US,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!