Ibarat mimpi jadi nyata: Smith Rowe

Smith Rowe - Foto Reuters
Smith Rowe - Foto Reuters
A
A
A

BINTANG muda Arsenal, Emile Smith Rowe mengakui panggilan pertama yang diperolehinya bagi mewakili skuad kebangsaan England ibarat mimpi yang menjadi kenyataan.

Menurutnya, dia begitu gembira menerima panggilan berkenaan dan berazam untuk memberikan aksi terbaik berasama skuad The Three Lions itu, kelak.

“Bagi saya, ia ibarat mimpi yang menjadi nyata. Saya memang tidak pernah menjangkakannya sama sekali.

“Pada peringkat awal saya mengharapkan mendapat panggilan daripada skuad bawah-21 (B-21), tetapi saya mendapat panggilan daripada Gareth (Southgate), yang mengatakan saya dipilih untuk beraksi dengan skuad utama.

“Ia ternyata satu detik yang hebat bagi saya dan keluarga. Ketika mendapat panggilan itu saya terus memberitahu ibu saya, dan detik itu begitu beremosi. Keluarga saya cukup gembira dengan berita itu,” katanya.

Smith Rowe, 21 dipanggil berikutan masalah kecederaan Marcus Rashford dan James Ward-Prowse.

Menurut Smith Rowe, dia kini berazam untuk memanfaatkan panggilan berkenaan dengan sebaiknya bagi membantu kejayaan skuad senior England.

Mengulas lanjut Smith Rowe mendedahkan, sebelum beraksi dengan Arsenal dia pernah mencuba nasib untuk menyertai Chelsea, namun tidak dipilih.

Artikel Berkaitan:

Katanya, biarpun agak kecewa, namun dia gembira apabila terpilih beraksi dengan Arsenal dan kini mendapat peluang pula untuk beraksi dengan skuad senior England.

“Ya, saya pernah menghadiri sesi pemilihan bersama Chelsea, tetapi tidak berjaya.

“Memang agak sukar pada mulanya untuk saya menerima hakikat itu, tetapi setelah dipilih menyertai Arsenal dan sejak sejak itu saya tidak menoleh ke belakang lagi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!