Semak CCTV kesan lori buang sisa kimia

Dr Mohammad Ezanni (kiri) bersama Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis (tengah) pada sidang media selepas taklimat berkaitan kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.
Dr Mohammad Ezanni (kiri) bersama Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis (tengah) pada sidang media selepas taklimat berkaitan kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.
A
A
A

PASIR GUDANG - [DIKEMASKINI] Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor akan memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan mana-mana lori tangki yang melalui kawasan sekitar Pasir Gudang menuju ke Sungai Kim Kim.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan mandatori kepada pelaku yang menyebabkan pencemaran sisa kimia berjadual itu.

"Kita bekerjasama dengan polis untuk mengesan lori mana-mana syarikat melalui rakaman CCTV di semua lampu isyarat kawasan sekitar Pasir Gudang jam 11 malam ke atas sebelum tarikh kejadian tersebut.

"Dari situ kita boleh mengesan suspek sebenar. Kita tidak teragak-agak ambil tindakan mandatori ke atas pihak terlibat," katanya pada sidang media selepas taklimat kes pembuangan sisa kimia di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjangkakan pelaku yang membuang sisa kimia berjadual ke Sungai Kim Kim hingga menyebabkan 79 mangsa dirawat di hospital itu EQ berada sekitar kawasan Pasir Gudang.

"Kita jangkakan pelaku tidak jauh dari kawasan ini. Kenapa buang di Pasir Gudang bukan Pengerang dan sebagainya?," katanya.

Katanya, siasatan tertumpu kepada 30 kilang kimia yang beroperasi di kawasan sekitar namun pihaknya juga bekerjasama dengan Lembaga Pelabuhan Johor bagi mengesan mana-mana kapal yang dicurigai.

Dalam pada itu menurut beliau, meskipun kualiti udara sudah kembali stabil namun ketika kerja pembersihan dijalankan, kualiti udara dijangka kembali tidak stabil.

Artikel Berkaitan:

"Ini di luar jangkaan kita. Apabila kita nak korek segala sisa, pengeluapan ke udara akan berlaku," katanya.

Ketika ditanya kesesuaian dua sekolah terbabit kembali dibuka, beliau berpendapat keadaan masih belum stabil.

Kerja pembersihan dijangka mengambil masa lima hari namun tarikh sebenar masih belum dapat ditentukan.

Kesan lori guna CCTV JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar Johor (JAS) akan mengesan lori yang bertanggungjawab membuang sisa kimia di Sungai Kim Kim melalui CCTV di sekitar Pasir Gudang. Pengarahnya, Datuk Dr Muhammad Ezanni Mat Salleh berkata, siasatan kini tertumpu kepada 30 kilang kimia di Pasir Gudang dan kapal. Laporan MOJO Sinar Harian Johor, Raziatul Hanum A Rajak

Posted by Sinar Harian Edisi Johor on Saturday, March 9, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!