PPN empat fasa diteruskan untuk kawal penularan Covid-19

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengenepikan Pelan Pemulihan Negara (PPN) empat fasa yang diperkenalkan sejak Jun lalu oleh pentadbiran kerajaan terdahulu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid berkata, ini kerana pelan itu bersifat komprehensif dan dinamik dalam mengawal penularan Covid-19 dan sedang dilaksanakan sehingga kini.

Beliau berkata, sehingga kini hanya dua negeri yang belum memasuki Fasa Empat PPN iaitu Sarawak dan Kelantan.

“Kerajaan berpandangan bahawa pelan ini akan terus digunakan sehingga seluruh negara berjaya mencapai nilai ambang bagi indikator yang ditetapkan untuk beralih ke fasa empat.

“Walau bagaimanapun, rakyat masih perlu patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan bertanggungjawab menilai risiko masing-masing, walaupun telah lengkap vaksinasi,” katanya ketika sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta perdana menteri menyatakan sama ada telah mengenepikan PPN empat fasa yang lancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, Mastura berkata, kerajaan juga tidak terburu-buru untuk mengumumkan peralihan fasa pandemik kepada endemik.

“Kerajaan pada awal September lalu telah umumkan bahawa negara kita akan beralih daripada strategi membasmi Covid-19 kepada fasa endemik, namun kerajaan tidak terburu-buru mahu mengambil langkah tersebut, sebaliknya akan melakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pelbagai aspek,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!