CIAST diiktiraf Pusat Kecemerlangan TVET

Awang mengangkat plakad selepas Majlis Pelancaran COE CIAST yang berlangsung, di sini, pada Rabu.
Awang mengangkat plakad selepas Majlis Pelancaran COE CIAST yang berlangsung, di sini, pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan (COE) berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) peringkat kebangsaan sebagai peneraju tunggal dalam membangunkan tenaga pengajar bidang itu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pengiktirafan berkenaan turut diperkukuhkan lagi dengan pembangunan TVET Instructor e-Profiling System (TiPS) yang berperanan menganalisis jurang kompentensi pengajar bidang berkenaan secara sistematik.

Menurut beliau, di bawah Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12), CIAST telah diberikan mandat bagi menyelaras pelaksanaan program Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme Tenaga Pengajar TVET merangkumi 10 kementerian pelaksana.

"CIAST selaku COE bagi pengajar kemahiran TVET memainkan peranan amat penting dalam melaksanakan program pemantapan kemahiran dan latihan pedagogi kepada semua bakal tenaga pengajar TVET," katanya pada sidang media selepas mewakili Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan ke Majlis Pelancaran COE CIAST yang berlangsung, di sini, Rabu.

Hadir sama sewaktu majlis berkenaan adalah Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Datuk Zaihan Shukri.

Dalam pada itu, Awang berkata, menjelang 2030, kerajaan turut mensasarkan peningkatan 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi baharu dalam sektor ekonomi masa hadapan dan 60 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki aliran TVET.

"Justeru, tenaga pengajar TVET memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sistem latihan yang dilaksnakan," katanya.

Tambah beliau, untuk rekod, CIAST berjaya melahirkan lebih 230,000 pengajar dalam kursus latihan pengajar, latihan kemahiran lanjutan untuk pengajar kemahiran, penyelia dan jurulatih industri sejak tahun 1983 lagi.

Artikel Berkaitan:

"Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 turut mengiktiraf TVET sebagai salah satu pemboleh daya yang menyumbang ke arah pembentukan negara yang makmur, inklusif dan mampan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!