PKPD di dua lokaliti di Pahang

PKPD akan dilaksanakan di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan Felda Chini 3, Pekan, Pahang bermula Jumaat hingga 25 November ini.
PKPD akan dilaksanakan di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan Felda Chini 3, Pekan, Pahang bermula Jumaat hingga 25 November ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Ladang FGV Mengkarak 1, Bera dan Felda Chini 3, Pekan, Pahang bermula Jumaat hingga 25 November ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

"SOP (prosedur operasi standard) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook pada Rabu.

Sementara itu, Rodzi berkata, tiada pelanjutan dan penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara pada Rabu..

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!