Suspek curi kabel dicekup

No Image Caption
A
A
A

KULIM - Seorang lelaki ditahan polis kelmarin selepas dipercayai terlibat kes curi kabel di Taman Mutiara Sungai Kob pada 31 Oktober 2017.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan anggota polis Sungai Kob di tepi jalan berhampiran tapak perniagaan Taman Mutiara, Sungai Kob jam 8.15 malam.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Kulim untuk siasatan dan hasil soal siasat lelaki dari Kampung Padang Limau, Karangan berkenaan tidak mengaku terlibat.

"Pada 31 Oktober 2017 kira-kira jam 3 petang, seorang pekerja Telekom menerima arahan daripada pihak Telekom mengenai kecurian kabel di kawasan tersebut.

"Tiba di tempat kejadian, pekerja berkenaan melihat 'manhole' telah terbuka dan pemeriksaan lanjut dapati kabel sepanjang 250 meter telah hilang.

"Anggaran kerugian RM10,000," katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan suspek mempunyai lima rekod lampau dengan dua daripadanya kes dadah.

Kes disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!