Lelaki baling batu di lebuh raya ditahan polis

Suspek ditahan pasukan polis dari IPD Kubang Pasu selepas menemui dua ketulan batu yang terdapat di dalam raga motosikalnya di jejantas lebuh raya di Jalan Wang Tepus menghala ke Bandar Darulaman Jitra, pada Rabu.
Suspek ditahan pasukan polis dari IPD Kubang Pasu selepas menemui dua ketulan batu yang terdapat di dalam raga motosikalnya di jejantas lebuh raya di Jalan Wang Tepus menghala ke Bandar Darulaman Jitra, pada Rabu.
A
A
A

JITRA - Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis kerana cuba mengulangi perbuatan membaling batu ke arah kenderaan dari jejantas lebuh raya di Jalan Wang Tepus menghala ke Bandar Darulaman Jitra, dekat sini kira-kira jam 1.45 petang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, sebelum kejadian satu pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan Cawangan Pencegah Jenayah (CPJ) Balai Polis Jitra mengesan suspek menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam keadaan mencurigakan berhenti di atas jejantas tersebut.

Menurutnya, anggota polis terus menghampiri suspek selepas melihatnya mengambil sesuatu di dalam raga motosikal dan hasil pemeriksaan, polis menjumpai dua ketul batu di dalam raga kenderaan itu.

"Hasil siasatan mendapati suspek mengaku telah terlibat dalam kejadian membaling batu dari atas jambatan lebuh raya seperti laporan polis yang telah dibuat sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di IPD Kubang Pasu pada Rabu.

Mengulas lanjut, Rodzi berkata, berdasarkan siasatan, suspek mengakui melakukan perbuatan tersebut disebabkan rasa tidak puas dan marah kepada pemandu-pemandu lori yang menghimpit motosikalnya sebelum ini.

Rodzi (kiri) menunjukkan motosikal dan dua ketulan batu yang dirampas daripada suspek di jejantas lebuh raya di Jalan Wang Tepus menghala ke Bandar Darulaman Jitra, dekat sini kira-kira jam 1.45 petang pada Rabu.
Rodzi (kiri) menunjukkan motosikal dan dua ketulan batu yang dirampas daripada suspek di jejantas lebuh raya di Jalan Wang Tepus menghala ke Bandar Darulaman Jitra, dekat sini kira-kira jam 1.45 petang pada Rabu.

Menurut beliau, hasil ujian air kencing dilakukan terhadap lelaki itu juga mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine, selain suspek turut mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dam dadah.

"Tangkapan dan rampasan barang kes telah dilakukan. Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Artikel Berkaitan:

"Suspek juga kemungkinan akan disiasat di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya," katanya.

Tambah beliau, dua laporan polis diterima oleh pihaknya manakala sebanyak tiga laporan pula diterima oleh Projek Lebuh Raya Utara Selatan Berhad (Plus) berhubung kejadian tersebut.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang membaling batu ke arah kenderaan yang melalui Jambatan Bandar Darulaman di KM 32.6 Lebuh Raya Utara Selatan seperti ditularkan dalam media sosial sejak Ahad.

Polis telah mengesan satu hantaran video dan WhatsApp yang tular berkaitan kenderaan dibaling batu oleh individu tidak dikenali ketika melalui jambatan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!