Pisang Malaysia selamat, tiada cacing 'helikopter'

Tangkap layar daripada video yang tular di media sosial berkaitan penemuan sejenis cacing yang dikatakan sebagai cacing Helikopter.
Tangkap layar daripada video yang tular di media sosial berkaitan penemuan sejenis cacing yang dikatakan sebagai cacing Helikopter.
A
A
A

PUTRAJAYA- Video yang tular di media sosial berkaitan penemuan sejenis cacing yang dikatakan sebagai cacing 'helikopter' atau ‘helicobacter’ adalah tidak benar kerana mengandungi informasi yang tidak sahih dan diragui.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Zahimi Hassan berkata, sehingga kini, tiada aduan dan laporan serangan bakteria 'helicobacter' pada tanaman pisang di Malaysia diterima oleh Jabatan Pertanian.

Menurutnya, 'helicobacter' adalah sejenis bakteria dan bukan daripada kumpulan serangga atau ulat serangga seperti yang ditularkan.

“Berdasarkan kenyataan daripada Abu Dhabi Agriculture and Food Safety Authority (ADAFSA) melalui ciapan di Twitter bertarikh 1 November 2021, video yang tular didapati berasal daripada sumber yang tidak sahih dan adalah di luar kebiasaan untuk cacing melengkapkan kitaran hidupnya di dalam buah pisang sehingga saiz yang ditunjukkan di dalam video tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Justeru katanya, pengguna dinasihatkan tidak perlu bimbang dan ragu-ragu.

Ujar beliau, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Pertanian dengan kerjasama agensi berkaitan sentiasa memastikan hasil dan produk-produk pertanian dari sumber dalam dan luar negara adalah selamat untuk dimakan dan bebas daripada perosak dan penyakit yang mendatangkan kemudaratan kepada pengguna dan alam sekitar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!