Barangan kemas bekas Puteri Rusia dilelong RM3.6 juta

Tiga barangan kemas milik Puteri Maria Pavlona dari Rusia dilelong di Geneva pada Rabu. - Foto Sothebys's
Tiga barangan kemas milik Puteri Maria Pavlona dari Rusia dilelong di Geneva pada Rabu. - Foto Sothebys's
A
A
A

GENEVA - Tiga barangan kemas yang mengandungi kerongsang berlian dan nilam bersama klip telinga yang pernah menjadi milik Puteri Maria Pavlona daripada Dinasti Romanov dan diseludup keluar dari Rusia semasa Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 dilelong pada harga hampir AS$900,000 (RM3.7 juta) pada Rabu.

Puteri itu ialah ibu saudara kepada Raja Rusia, Nicholas II iaitu pemerintah terakhir negara tersebut sebelum negara berkenaan diperintah oleh kerajaan komunis.

Bagaimanapun, Nicholas II, isteri dan anak-anaknya mati ditembak pada tahun 1918 di Rumah Ipatiev di Yekaterinburg semasa Revolusi Bolshevik.

Tiga barangan kemas itu dilelong pada harga AS$885,000 (RM3,685,140) termasuk bayaran premium di Geneva, Switzerland.

Pavlona amat meminati barangan kemas dan semasa Revolusi Bolshevik, beliau melarikan diri dan menyelamatkan koleksi barangan berharga itu pada tahun 1919 tetapi meninggal dunia di Perancis setahun kemudian.

Tiga barangan kemas yang dilelong itu kemudian diwariskan kepada anak perempuannya iaitu Puteri Elena dan keturunannya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!