55 penunggang, 30 pemilik motosikal disaman

Anggota Unit Operasi JPJ Pahang melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal dalam Ops Khas Motosikal di Jalan Penjara pada Rabu. - Foto FB JPJ Pahang
Anggota Unit Operasi JPJ Pahang melakukan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal dalam Ops Khas Motosikal di Jalan Penjara pada Rabu. - Foto FB JPJ Pahang
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengeluarkan saman ke atas 55 penunggang dan 30 pemilik motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Motosikal di Jalan Penjara di sini pada Rabu.

Melalui operasi selama tiga jam bermula jam 10 pagi itu, sebanyak 224 motosikal diperiksa.

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, hasil pemeriksaan, antara kesalahan paling tinggi di kesan dalam operasi itu ialah tiada lesen memandu iaitu 36 kes diikuti tiada cukai jalan (24 kes), tiada insurans (24 kes), kesalahan teknikal (19 kes) dan lain-lain kesalahan (13 kes) dengan jumlah keseluruhan 116 kes.

"Dalam operasi sama, Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) melaksanakan advokasi berkaitan keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Sebanyak 224 motosikal diperiksa dalam Ops Khas Motosikal di Jalan Penjara pada Rabu. - Foto FB JPJ Pahang
Sebanyak 224 motosikal diperiksa dalam Ops Khas Motosikal di Jalan Penjara pada Rabu. - Foto FB JPJ Pahang

Menurutnya, penunggang motosikal berisiko tinggi ketika berada di jalan raya berpunca daripada sikap sendiri, lalu lintas dan keadaan kenderaan itu.

Beliau turut mengingatkan penunggang supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Tambah beliau, penunggang juga perlu sentiasa memastikan motosikal berada dalam keadaan baik serta mengamalkan budaya menunggang secara berhemah dan bertimbang rasa.

Artikel Berkaitan:

"Penguatkuasaan ini akan sentiasa dilaksanakan bagi mendidik penunggang motosikal supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya," katanya.

Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) turut melaksanakan advokasi berkaitan keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal.- Foto FB JPJ Pahang
Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) turut melaksanakan advokasi berkaitan keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal.- Foto FB JPJ Pahang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!