Scolani bakal turunkan Messi
PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni, bakal menurunkan penyerang sensasi, Lionel Messi pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 berdepan Uruguay pada awal pagi Sabtu.
Menurut Scaloni, pemain Messi sudah tiba ke Argentina bagi menjalani latihan sejak empat hari lalu dan kelihatan sudah bersedia untuk beraksi.
“Dia (Messi), sudah ada bersama pasukan dan telah mengikuti latihan yang diadakan bersama rakan-rakan sepasukan.
“Oleh itu, kita sudah pasti akan menyenaraikannya dalam kesebelasan utama bagi berdepan Uruguay walaupun sebelum ini dikhabarkan dirinya mengalami kecederaan lutut.
“Kita juga berharap kali ini dia akan menggunakan segala pengalaman yang ada bagi merobek gawang Uruguay dan seterusnya membantu mengukuhkan lagi kedudukan kita pada aksi kelayakan kali ini,” katanya.
Untuk rekod, Argentina kini berada pada kedudukan kedua di belakang Brazil dengan 25 mata setelah mengharungi 11 perlawanan setakat ini bagi aksi kelayakan berkenaan.
Sementara itu, Scaloni berharap kehadiran Messi dapat membantunya menyenaraikan kesebelasan terbaik bagi melakar kemenangan ketika berdepan Uruguay.
Malah katanya, kehadiran Messi juga, diharap dapat membantu memperkuatkan skuad Albicaleste itu dalam usaha mencatatkan kemenangan pada aksi berdepan Uruguay nanti.
“Kehadiran Messi nyata membantu bagi kita bagi menyenaraikan pemain-pemain terbaik bagi aksi berdepan Uruguay.
“Oleh itu, sudah pasti kita tidak mahu mempersia-siakan perlawanan dan cuba sedaya upaya untuk mencatatkan kemenangan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!