Dua penunggang motosikal parah kemalangan empat kenderaan

Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kuching mengakibatkan dua penunggang motosikal cedera parah.
Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kuching mengakibatkan dua penunggang motosikal cedera parah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Dua penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kuching di sini, malam Selasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, kejadian berlaku pada jam 11.50 apabila sebuah kereta Perodua Viva terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

"Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki dari arah Bulatan Kinabalu menghala Kepong hilang kawalan lalu melanggar sebuah Toyota Vios.

"Akibat kemalangan tersebut, dua buah motosikal jenis Yamaha Skuter dan Modenas Kriss datang dari arah Jalan Kuching menghala pusat bandar tidak sempat mengelak dan melanggar kereta berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Zulkafli, kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami kecederaan manakala penunggang motosikal yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun mempunyai maklumat boleh menghubungi JSPT di talian 03-2071 9999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana - mana balai Polis berhampiran," ujarnya

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!