PTPTN lancar tiga saluran bayaran baharu, kempen Click, Pay & Earn is Back!

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid bergambar bersama rakan-rakan strategik
sempena Majlis Pelancaran Saluran Bayaran Baharu PTPTN & Kempen Click, Pay & Earn is Back!
Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid bergambar bersama rakan-rakan strategik sempena Majlis Pelancaran Saluran Bayaran Baharu PTPTN & Kempen Click, Pay & Earn is Back!
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan tiga saluran bayaran baharu iaitu AnsaraPay, PayHalal dan SPayGlobal bagi bayaran balik pinjaman PTPTN dan simpanan dalam Simpan SSPN.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, kemudahan saluran bayaran dalam talian ini adalah selaras dengan Teras Strategik kelima Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan.

Menurutnya, dengan kerjasama AnsaraPay, PayHalal dan ShopeePay, pihaknya turut menganjurkan kempen Click, Pay & Earn is Back! kepada semua pelanggan PTPTN.

“Dengan konsep ‘siapa cepat dia dapat’, pengguna terawal yang menggunakan saluran bayaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN atau simpanan melalui Simpan SSPN berpeluang mendapat pulangan menarik yang ditawarkan.

“Tempoh kempen ini bermula 11 November 2021 hingga 11 Januari 2022,” katanya pada Khamis.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan Ahmad Dasuki di Menara Menara PTPTN, Kuala Lumpur.

Hadir sama, Pengerusi AnsaraPay, Datuk Khushairi Wahijan, Pengurus Negara PayHalal, Azizul Fikri Ab Rahman dan Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ahmad Dasuki berkata, PTPTN sentiasa komited dan proaktif untuk memastikan perkhidmatan dalam talian berbentuk hujung ke hujung (End to End) terus diperkasa bagi menggalakkan bayaran tanpa tunai.

Beliau berkata, melalui kempen Click, Pay & Earn is Back! pelanggan yang menggunakan aplikasi AnsaraPay, PayHalal dan ShopeePay untuk membuat bayaran balik pinjaman atau penambahan deposit Simpan SSPN dalam tempoh promosi akan berpeluang menerima pemberian ganjaran.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid ketika memberi ucapan pelancaran secara
langsung di Facebook Rasmi PTPTN.
Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid ketika memberi ucapan pelancaran secara langsung di Facebook Rasmi PTPTN.

“Antaranya, AnsaraPay dengan jumlah bayaran atau simpanan minimum RM100 dalam satu transaksi bakal menerima 'cashback' sebanyak RM15 ke dalam akaun e-wallet pengguna dan RM10 baucar pembelian di https://kedaiansara.my tertakluk kepada 200 pengguna terawal bayaran balik pinjaman atau deposit Simpan SSPN dalam tempoh kempen bermula 11 November 2021 hingga 30 November ini.

“Shopee Pay pula dengan jumlah bayaran atau simpanan minimum RM100 dalam satu transaksi akan menerima baucar diskaun sebanyak RM10 tertakluk kepada 50 pengguna terawal bayaran balik pinjaman atau deposit Simpan SSPN setiap hari dalam tempoh kempen bermula 1 November hingga 31 Disember ini.

“PayHalal juga memberikan ganjaran wang tunai sebanyak RM5 kepada 100 pengguna terawal setiap bulan bagi bayaran balik pinjaman atau deposit SSPN dalam tempoh kempen bermula 11 November ini hingga 11 Januari 2022 dengan jumlah bayaran atau simpanan RM100 dalam satu transaksi,” katanya.

Sementara itu, Khushairi berkata, kerjasama strategik antara PTPTN dan Persatuan bekas pelajar MRSM SeMalaysia dalam menyediakan platform digital sebagai pemudah cara untuk membantu peminjam PTPTN dan pendeposit simpan SSPN.

Menurut Azizul Fikri, kerjasama strategik PayHalal gerbang pembayaran patuh syariah pertama di dunia bersama PTPTN adalah bagi mewujudkan saluran pembayaran digital patuh syariah bagi kemudahan masyarakat membayar pinjaman PTPTN serta simpanan mereka di Simpan SSPN.

Pada masa sama, Pengurus Besar SpayGlobal, Chin Zhan Kiun pula berkata, SiliconNet Technologies berasa bangga atas kolaborasi bersama PTPTN dan SpayGlobal.

“Kami yakin ia akan terus menjadi modul Lifestyle Gaya Hidup Tanpa Tunai yang popular di SpayGlobal,” katanya.

Dalam pada itu, Alain berkata, usaha pihak PTPTN memudahkan proses pembayaran bagi pelanggan mereka haruslah dipuji.

“Di Shopee dan ShopeePay, objektif kami adalah untuk menambah baik gaya hidup masyarakat melalui teknologi dan kami berasa gembira dapat bekerjasama bersama PTPTN bagi mengambil satu lagi langkah positif ke arah matlamat kami,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Click, Pay & Earn is Back! Sila layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!