Tubuh jawatankuasa khas siasat dakwaan @edisi_siasatmy

Halim Ishak
Halim Ishak
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan mahupun pihak berkaitan wajar mewujudkan satu jawatankuasa khas atau 'task force' bagi menyiasat dakwaan akaun Twitter @edisi_siasatmy berkenaan isu salah guna kuasa dan rasuah yang dipercayai berlaku dalam beberapa agensi penguat kuasa negara.

Pengasas dan Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, langkah tersebut sewajarnya diambil kerana isu berkenaan adalah perkara yang melibatkan kepentingan awam.

“Rakyat ingin tahu sama ada ianya adalah sebuah tohmahan fitnah atau sebaliknya,” katanya ketika sidang akhbar pelancaran ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag) di Kompleks Karangkraf pada Khamis.

Baru-baru ini, pemilik akaun Twitter @edisi_siasatmy membuat beberapa pendedahan mendakwa segelintir pegawai kanan polis dipercayai melindungi sindiket jenayah dan menyalahgunakan kuasa termasuk dengan mengambil rasuah.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pada 8 November lalu menyatakan bahawa dakwaan tersebut sengaja bagi mewujudkan mensensasikan keadaan.

Dalam kenyataan berasingan, Acryl turut meminta pemilik akaun Twitter itu untuk tampil membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung dakwaannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!