Yayasan Nusantara hub perpaduan Melaka

Adly (tengah) memegang replika kad keahlian SM ketika merasmikan Pejabat Operasi Serantau Muslim (SM) serta program Kembara Prihatin dan Sahabat SM di Taman Seri Telok Mas, di sini, hari ini.
Adly (tengah) memegang replika kad keahlian SM ketika merasmikan Pejabat Operasi Serantau Muslim (SM) serta program Kembara Prihatin dan Sahabat SM di Taman Seri Telok Mas, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Melaka mampu menjadi hub perpaduan menerusi penubuhan Yayasan Nusantara dalam mengembalikan semula zaman kegemilangannya.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, langkah itu akan dapat memperkasakan pertumbuhan ekonomi di negeri ini selain membina kerjasama dalam membangunkan ekonomi khusus masyarakat Islam di negara-negara nusantara.

Menurutnya, usaha yang akan direalisasikan Jabatan Ketua Menteri itu antara inisiatif kerajaan PH Melaka dengan memberi fokus utama kepada penubuhan Amanah Finance House yang dalam proses kelulusan Kementerian Kewangan.

"Sejak Ogos tahun lalu kita telah menggerakkan Yayasan Nusantara dan setakat ini sedang menyelesaikan beberapa isu pentadbiran sebelum ia mula beroperasi sepenuhnya Jun depan.

"Yayasan ini juga telah mendapat beberapa kelulusan termasuk Kementerian Kewangan, kelulusan aset di bawah agensi kerajaan negeri, dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya.

Adly berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Operasi Serantau Muslim (SM) serta program Kembara Prihatin dan Sahabat SM di Taman Seri Telok Mas, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi SM, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Pengurus Besar SM, Mohd Hakim Mohd Nor.

Adly yang juga ADUN Bukit Katil, berkata, pihaknya sentiasa mengalakkan serta mengalukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti SM yang mempunyai jaringan antarabangsa khususnya di Asia Tenggara untuk mewujudkan pusat operasi di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan negeri juga berharap setiap JAPERUN di negeri ini, dapat mengadakan rangkaian untuk saling bekerjasama untuk menyantuni golongan sasaran, dan membantu mereka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!