Dijangkiti Covid-19, Ghafaar Atan stabil

Abdul Ghafaar
Abdul Ghafaar
A
A
A

MELAKA - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan yang dimasukkan ke Hospital Besar Melaka sejak Ahad lepas akibat jangkitan Covid-19, kini dalam keadaan stabil, dan masih dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan.

Anaknya, Norhalis, 35, ketika dihubungi berkata, bapanya mula batuk-batuk Ahad lepas dan membuat ujian pengesanan di sebuah hospital swasta sebelum disahkan positif, dan dia disyaki mendapat jangkitan itu dari anggota keluarganya.

"Doktor ada menghubungi saya semalam (Rabu) menyatakan bahawa walaupun bacaan oksigennya masih rendah, tetapi dia stabil," katanya.

Sehubungan itu beliau dengan rendah hati memohon orang ramai supaya mendoakan kesembuhan bapanya dan membacakan Yassin Syifa untuknya.

Pada Rabu beberapa media melaporkan Abdul Ghafaar berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di ICU Hospital Melaka akibat Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!