Salur tajaan RM300,000 untuk program pendidikan di Selangor

Noh (tengah) menyempurnakan penyerahan cek penajaan Program Prestij Pembelajaran Negeri Selangor 2021 pada Khamis.
Noh (tengah) menyempurnakan penyerahan cek penajaan Program Prestij Pembelajaran Negeri Selangor 2021 pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyalurkan tajaan sebanyak RM300,000 bagi penganjuran Program Prestij Pembelajaran Negeri Selangor 2021 khas buat guru dan murid seluruh negeri itu.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, program yang akan dianjurkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan akan dilaksanakan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu dilihat sebagai satu aktiviti yang dapat membantu meningkatkan motivasi dan profesionalisme guru-guru.

Menurutnya, inisiatif berkenaan juga dapat memantapkan fokus pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid dalam menghadapi peperiksaan utama akan datang.

“Saya amat berterima kasih dan menyokong inisiatif YBR dalam membantu dan memberi sokongan bagi meningkatkan kualiti pendidikan terutamanya di Negeri Selangor.

"Saya juga berharap agar lebih banyak lagi entiti-entiti korporat dan organisasi lain akan hadir bagi membantu dalam menaja program yang sebegini. Inisiatif yang diusahakan oleh YBR ini telah membuktikan bahawa syarikat-syarikat korporat turut mengambil berat dan memberi sokongan terhadap institusi pendidikan negara," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kesemua 10 PPD di Selangor menerima peruntukan RM30,000 bagi pelaksanan Program Program Prestij Pembelajaran Negeri Selangor 2021.
Foto: rosli talib
Kesemua 10 PPD di Selangor menerima peruntukan RM30,000 bagi pelaksanan Program Program Prestij Pembelajaran Negeri Selangor 2021. Foto: rosli talib

Artikel Berkaitan:

Penyerahan replika cek penajaan itu disempurnakan Noh dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Hotel Mardhiyyah di sini.

Hadir sama, Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Pengarah JPN Selangor, Anismah M Noh.

Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, daripada jumlah tajaan itu, kesemua 10 buah PPD di Selangor akan menerima peruntukan masing-masing sebanyak RM30,000.

Kata beliau, ia untuk melaksanakan program-program holistik bagi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid-murid keran pihak mereka cakna dengan situasi pendidikan di kala pandemik.

"Hasil daripada makluman diterima, enam program yang dirancang awal bagi setiap PPD ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan perhatian murid dalam sesi PdP ketika dalam suasana pandemik terutama mempertingkatkan platform pembelajaran secara digital sebagai alternatif pembelajaran," katanya.

Tambah beliau, melalui tajaan program yang disalurkan itu juga diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh guru-guru dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta memantapkan lagi ilmu pedagogi melalui perkongsian amalan terbaik dan kepakaran di peringkat daerah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!