Armada Sepanyol kian hampiri bumi Qatar
GOL tunggal Pablo Sarabia sudah cukup membolehkan Sepanyol melakar kemenangan 1-0 ketika bertandang ke Athens menentang Greece dalam aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia 2022.
Tiga mata diperolehi dalam perlawanan di Stadium Olimpik Athens itu menyaksikan La Roja hanya memerlukan satu mata dalam pertemuan menentang Sweden bagi mengesahkan kemaraan ke Qatar tahun depan.
Gol kemenangan jaringan Sarabia hadir pada minit ke-26 selepas Inigo Martinez dikasari, yang mudah menyudahkan sepakan penalti menewaskan penjaga gol tuan rumah Odysseas Vlachodimos untuk mata ke-16 selepas mengharungi tujuh perlawanan.
Sementara itu, Sweden dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Georgia dalam satu lagi aksi kumpulan di Adjarabet Arena, Batumi.
Dua jaringan tonggak Rubin Kazan, Khvicha Kvaratskhelia pada minit ke-61 dan 77' babak kedua sudah cukup menghadirkan kemenangan kedua tuan rumah selepas mengharungi lapan perlawanan.
Sweden perlu menewaskan Sepanyol di Seville untuk layak secara automatik ke Qatar, manakala keputusan seri sudah memadai untuk lawan mara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!