Perarakan LGBT: Provokasi terhadap kestabilan negara

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan membidas tindakan penganjur yang mencampuraduk Himpunan Hari Wanita Sedunia, hari ini, dengan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Tegasnya lagi, tindakan itu juga dilihat satu provokasi terhadap kestabilan negara dan ia perlu ditolak semua.

"Saya memahami keinginan kepada kebebasan. Kebebasan itu ada konteksnya dan semua individu yang boleh berfikir secara rasional akan memahami bahawa konteks negara Malaysia ini tidak dapat menerima agenda LGBT," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, secara dasarnya, perjuangan menuntut hak-hak wanita adalah perkara yang wajar dihormati, namun tindakan mencampuraduk dengan agenda LGBT tidak boleh diterima sama sekali.

"Dalam keadaan negara kita mempunyai amat banyak kepincangan yang sedang diperbaiki sekarang, tindakan mementingkan diri sendiri lebih dari suasana masyarakat (selfishly putting own agenda above the national situation) sebegini boleh membawa kepada gagalnya reformasi pembaikan lebih besar yang mahu kita bawa untuk rakyat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong LGBT berarak tuntut hak di ibu kota

Terdahulu, dilaporkan kira-kira 1,000 orang menyertai himpunan bersempena Hari Wanita Antarabangsa di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo dan berakhir di Dataran Merdeka pagi tadi.

Selain pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak wanita, aktivis, orang awam serta pelajar, himpunan itu turut disertai golongan LGBT apabila bendera warna pelangi yang menjadi lambang kepada golongan itu turut dibawa bersama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!