Manusia kalkulator miliki bakat luar biasa

Yaashwin Sarawanan
Yaashwin Sarawanan
A
A
A

SEDIA maklum program Asia’s Got Talent adalah sebuah program realiti yang menghimpunkan manusia-manusia memiliki bakat luar biasa atau istimewa dalam sesuatu bidang.

Tidak kira sama ada bakat dalam bidang nyanyian, tarian ataupun persembahan magis dan pelbagai lagi yang luar biasa.

Ramai juga kalangan rakyat negara ini yang berbakat telah menyertai ujibakat itu. Menerusi saluran Youtube rasmi Asia’s Got Talent bagi musim 2019 kini sedang berjalan sesi uji bakat bagi musim baharu.

Yang menariknya, seorang pelajar dari Malaysia telah berjaya membuat ketiga-tiga juri terpegun dengan bakat luar yang dimiliki. Video ujibakat itu juga tular di media sosial.

No Image Caption

Dengan hanya berbekalkan sebuah kalkulator dan memberikan kepada juri, David Foster dan Anggun Cipta Sasmi untuk mengendalikannya. Yaashwin Sarawanan baharu berusia 15 tahun dengan pantas mampu mencongak pengiraan yang dilakukan David Foster melalui kalkulator.

Meskipun David menggunakan kalkulator dalam pengiraan tersebut, dengan hanya mencongak Yaashwin Sarawanan masih mengatasi sesi 'perlawanan' itu.

David mengelarkan Yaashwin Sarawanan sebagai 'manusia kalkulator' dan Anggun Cipta Sasmi pula berkata, seronok melihat dia 'berlawan' dengan kalkulator.

Artikel Berkaitan:

Walaupun tidak menyukai matematik, namun kata Jay Park bakat yang dimilik remaja itu mengagumkannya.

Dan di akhir persembahan, Yaashwin menerima tiga ‘Yes’ dari ketiga-tiga juri dan layak ke pusingan seterusnya.

Semoga adik Yasshwin berjaya merebut gelaran juara dan mengharumkan nama negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!