PN lantik calon Ketua Menteri daripada Bersatu

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Calon Ketua Menteri Melaka bagi Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penetapan itu mengambil kira jumlah calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka daripada parti itu yang lebih ramai berbanding parti lain dalam gabungan PN.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama calon tersebut dan memaklumkan ia akan diumumkan tidak lama lagi.

"Calon Ketua Menteri Melaka daripada PN akan diumumkan tidak lama lagi. Sudah tentu sebelum hari mengundi.

"Sewajarnya Ketua Menteri datang dari Bersatu kerana ada sejumlah (calon) kerusi yang besar. Kita diberikan kepercayaan oleh Pas dan Parti Gerakan Rakyat (Gerakan)," katanya pada sidang media di Kampung Air Panas di sini pada Jumaat.

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah mengumumkan calon Ketua Menteri masing-masing jika mendapat mandat dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menjadi calon untuk BN, manakala PH juga menamakan semula bekas Ketua Menteri Melaka yang juga calon DUN Bukit Katil, Adly Zahari.

Sementara itu, ditanya mengapa PN mengambil masa lama untuk mengumumkan calon Ketua Menteri, Muhyiddin berkata, itu adalah strategi PN.

Artikel Berkaitan:

"Itu strategi kita. Kita tak semestinya umum awal. Tapi tak umum langsung pun tak boleh," kata beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!