Polis pantau pematuhan SOP di homestay

Wan Mohd Zahari (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan ke atas pelanggan pasar raya dalam sebuah pusat beli belah di bandar Kuantan pada Jumaat.
Wan Mohd Zahari (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan ke atas pelanggan pasar raya dalam sebuah pusat beli belah di bandar Kuantan pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Polis akan melakukan pemeriksaan dan semakan berterusan ke atas rumah tamu atau homestay di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ia bagi memastikan tetamu yang menginap di premis penginapan terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Beliau berkata, ia berikutan terdapat kemungkinan individu yang tidak mematuhi SOP lebih memilih untuk menginap di rumah-rumah tamu atau homestay berbanding hotel.

Menurutnya, SOP bagi rumah tamu dan hotel adalah sama dan tiada pengecualian terhadap pematuhannya.

"Dalam perkara ini, pengusaha rumah tamu perlu lebih bertanggungjawab memastikan tetamu yang menginap mematuhi SOP ditetapkan teutama syarat lengkap vaksin.

"Jika didapati berlaku ketidak patuhan dalam perkara ini, tindakan kompaun akan terus diambil kepada kedua-dua pihak," katanya ketika ditemui pada Operasi Khas Bersepadu Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di beberapa lokasi tumpuan di sekitar bandar Kuantan di sini pada Jumaat.

Wan Mohd Zahari (tiga dari kiri) melakukan pemeriksaan ke atas pengunjung sebuah pusat beli belah di bandar Kuantan pada Jumaat.
Wan Mohd Zahari (tiga dari kiri) melakukan pemeriksaan ke atas pengunjung sebuah pusat beli belah di bandar Kuantan pada Jumaat.

Mengulas tentang operasi berkenaan, Wan Mohd Zahari berkata, operasi melibatkan sembilan pasukan pemantau disertai 14 pegawai dan 75 anggota pelbagai agensi tertumpu di kawasan tumpuan ramai termasuk pusat beli belah, pasar raya, pusat peranginan, restoran, rumah tamu dan hotel.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, lokasi tersebut diberi tumpuan kerana kemungkinan berlaku kesesakan pengunjung dan tiada penjarakan fizikal.

"Operasi hari ini lebih kepada rondaan dan pemeriksaan secara 'snap check' terhadap premis terlibat.

"Pendekatan yang diambil juga lebih tegas di mana kompaun akan dikeluarkan kepada mana-mana individu yang didapati gagal mematuhi SOP.

"Tiada lagi nasihat diberikan sebagaimana dalam operasi sebelum ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!