28 calon PN tandatangani akujanji, lafaz ikrar antirasuah

Borang akujanji yang ditandatangani 28 calon PN bagi PRN Melaka pada Jumaat.
Borang akujanji yang ditandatangani 28 calon PN bagi PRN Melaka pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) membuktikan komitmennya apabila kesemua 28 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selesai menandatangani akujanji dan melafaz ikrar antirasuah pada malam Jumaat.

Acara menandatangani akujanji dan lafaz ikrar itu disaksikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan PN Tanjung Minyak di sini.

Berdasarkan surat akujanji, calon-calon terlibat berikrar bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri Melaka dilaksanakan secara bersih, adil dan bebas rasuah.

Berikut merupakan ikrar yang ditandatangani dan dilafazkan mereka sekiranya terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN):

Dengan sesungguhnya dan suci hati beraku janji dan berikrar:

1. Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) dan undang-undang yang berkaitan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri;

2. Saya akan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan

salah guna kuasa serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam mencegah sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa;

Artikel Berkaitan:

3. Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa sama ada secara langsung atau tidak

langsung; dan

4. Saya akan melaporkan kepada SPRM dengan segera, sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan di bawah seliaan saya.

Komitmen PN dalam menentang rasuah menjadi perkara utama yang diumumkan Muhyiddin pada Program Pentas PRN Melaka PN pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!