Kane dedah rahsia

Harry Kane FOTO: AFP
Harry Kane FOTO: AFP
A
A
A

KAPTEN England, Harry Kane menyifatkan kekalahan The Three Lions di pentas final Kejuaraan Euro 2020 dan spekulasi masa depan di kelab utara London tersebut menjejaskan mentalnya.

England tewas kepada Itali menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley pada Julai, manakala Kane dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Perdana, Inggeris (EPL), Manchester City semasa jendela perpindahan musim panas.

Bagaimanapun penyerang berusia 28 tahun itu berkata, dia mampu mengatasi dengan bantuan keluarga dan rakan-rakannya.

“Anda melalui pasang surut dalam kejuaraan utama, menghampiri impian dan ia diambil alih daripada anda dalam masa begitu pantas. Dan kemudian ia adalah musim panas pertama saya dalam spekulasi perpindahan, terpaksa berhadapan dengan situasi itu.

"Jadi, sudah tentu, ia menjejaskan mental tetapi dari satu sudut, saya sentiasa mempunyai kawan dan keluarga yang baik di sekeliling saya.

"Dapat bercakap dengan mereka dalam situasi itu, boleh bercakap dengan orang yang anda percayai. Apabila keadaan sukar, adalah penting anda bercakap mengenainya dan bukan menyembunyikannya dan mengharunginya,” kata Kane.

England berada di tangga teratas Kumpulan I saingan Kelayakan Piala Dunia, tiga mata di hadapan Poland, akan melayan Albania sebelum ke San Marino pada 15 November.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!