Persembahan lima bintang England di Wembley
HATRIK separuh masa pertama Kapten England, Harry Kane membantu The Three Lions mengatasi Albania 5-0 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Wembley, sekali gus mencerah laluan finalis Euro 2020 itu ke Qatar 2022.
Tonggak Tottenham itu tampil meledak gol pada minit ke-18', 33' dan 46' manakala Harry Maguire (9') serta Jordan Henderson (28') melengkapkan kemenangan bergaya anak buah Gareth Southgate berkenaan.
Keputusan itu menyaksikan England terus memimpin Kumpulan I dengan 23 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan sambil diekori rapat Poland kedua yang mengumpul 20 mata yang membelasah Andorra 4-1 di laman lawan.
"Separuh masa pertama adalah persembahan yang luar biasa. Tekanan berterusan kerana kami memerlukan keputusan positif.
"Mungkin kami mempunyai satu matlamat untuk dibuktikan dalam perlawanan ini dan kami bangkit," kata Kane, yang telah menjaringkan 12 gol untuk England tahun ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!