Mati berebut kek
AUSTIN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja berusia 14 tahun di Houston, Texas meninggal dunia selepas terlibat dalam pergaduhan gara-gara berebut kek brownies.
Polis berkata, kejadian berlaku di luar sebuah kedai serbaneka di kawasan kejiranan Jane Long Academy selepas tamat sesi persekolahan.
"Mangsa ditikam di bahagian mata. Ketika dimasukkan ke ambulans, mangsa masih berkelakuan ganas," kata ketua polis tempatan, Paul Cordova.
Katanya lagi, mangsa meninggal dunia kelmarin akibat jangkitan kuman pada kesan lukanya.
Susulan itu, polis telah menahan seorang remaja sebaya mangsa dan didakwa atas serangan agresif.
Polis enggan menyiarkan butiran mangsa dan penyerangnya kerana masih di bawah umur. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!