Memandu dalam keadaan mabuk, 11 individu ditahan

Anggota polis ketika melakukan pemeriksaan kenderaan di salah satu lokasi sekatan jalan raya sempena Op Mabuk dan Op Samseng jalanan pada Jumaat
Anggota polis ketika melakukan pemeriksaan kenderaan di salah satu lokasi sekatan jalan raya sempena Op Mabuk dan Op Samseng jalanan pada Jumaat
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan seramai 11 individu kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Superitendan M Kumarasan berkata, penahanan itu dilakukan menerusi beberapa sekatan jalan raya di sekitar bandar raya ini yang bermula pada jam 10 malam hingga 1.30 pagi.

“Melalui sekatan jalan raya yang dilakukan, polis telah berjaya menahan seramai 11 individu berusia 27 hingga 53 tahun yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Bagi kesalahan ini kesemua mereka boleh disiasat di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Kumarasan memberitahu, dalam operasi sama, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 230 saman kepada pengguna jalan raya yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan.

“Jumlah kesemua saman yang dikeluarkan ini adalah hasil daripada pemeriksaan ke atas 736 individu dan 573 kenderaan termasuk kereta dan motosikal.

“Selain itu, sebanyak 17 motosikal juga turut disita atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai melampau seperti termaktub di bawah Seksyen 64 APJ 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!