India laporkan 11,850 kes baharu Covid-19 tempoh 24 jam
NEW DELHI - India melaporkan sebanyak 11,850 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti wabak itu mencecah 34,426,036, menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga pada Sabtu.
Angka korban akibat Covid-19 mencecah 463,245 dengan 555 kematian dicatatkan pada hari sebelumnya, lapor agensi berita Sputnik.
Lebih 33.82 juta dilaporkan sembuh di India sejak wabak mula melanda.
Sehari sebelumnya, negara itu melaporkan 12,516 kes baharu dengan 501 kematian.
India berada di tangga kedua jumlah pesakit Covid-19, di belakang Amerika Syarikat dengan lebih 46.98 juta pesakit.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan pandemik Covid-19 pada 11 Mac 2020. Sehingga kini lebih 252.5 juta orang dijangkiti di seluruh dunia, dengan 5.08 juta kematian, menurut perangkaan Universiti Johns Hopkins. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!