Penyu seberat 50kg sesat di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar

APM Port Dickson bertindak pantas menyelamatkan seekor penyu yang tersesat di kawasan Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar pada Sabtu dan melepaskannya ke habitat asal. - Foto APM Port Dickson
APM Port Dickson bertindak pantas menyelamatkan seekor penyu yang tersesat di kawasan Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar pada Sabtu dan melepaskannya ke habitat asal. - Foto APM Port Dickson
A
A
A

PORT DICKSON - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini bertindak pantas menyelamatkan seekor penyu yang tersesat di kawasan Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar pada Sabtu dan melepaskannya ke habitat asal.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohd Azri Abu Hassan berkata, penyu berusia antara tujuh hingga 10 tahun itu ditemui pekerja stesen janakuasa tersebut dan kemudian menghubungi APM Port Dickson pada jam 11.56 pagi.

"Penyu spesies agar dengan anggaran berat sekitar 40 hingga 50 kilogram ini dipercayai sedang mencari arah laut dan berkemungkinan juga sedang mencari tempat untuk bertelur sebelum tersesat di lokasi.

"Tiga orang anggota dengan seorang pegawai APM Port Dickson telah diarahkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Jelasnya, kira-kira jam 1 petang penyu tersebut berjaya diangkat dan dipindahkan di pantai Tanjung Gemok dalam keadaan baik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!