Ribuan penyokong Guaido bertempur dengan pihak berkuasa Venezuela

Guaido menggesa rakyat Venezuela agar bangkit menentang Presiden Maduro. - Foto EPA
Guaido menggesa rakyat Venezuela agar bangkit menentang Presiden Maduro. - Foto EPA
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Ribuan pembangkang Presiden Nicolas Maduro bertempur dengan pihak berkuasa Venezuela di saat krisis kemanusiaan negara itu semakin meruncing.

Dalam pertempuran semalam, ribuan rakyat Venezuela mengadakan protes besar-besaran di Caracas sebagai tanda sokongan terhadap pemimpin pembangkang, Juan Guaido.

Pihak berkuasa dilapor menggunakan semburan lada hitam bagi mengawal penunjuk perasaan yang bertindak ganas serta melaungkan slogan anti kerajaan

Pertempuran turut menyaksikan penunjuk perasaan melahirkan rasa berang berikutan beberapa insiden ketiadaan bekalan elektrik sejak Khamis lalu.

Dalam pada itu, Guaido yang juga pemimpin Himpunan Kebangsaan, mengumumkan akan mengadakan jelajah negara dan menyeru penyokongnya hadir beramai-ramai.

"Kita akan menganjurkan protes besar-besaran dalam masa terdekat, dan semua rakyat Venezuela harus bersatu," kata Guaido dalam satu ucapan.

Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden pada 23 Januari lalu, mendapat sokongan padu Amerika Syarikat (AS) dan lebih 50 negara antarabangsa.

Sementara itu, Presiden Maduro yang melabel Guaido sebagai boneka AS dalam usaha menggulingkan pentadbiran beliau, berjaya mengekalkan sokongan sekutu kuatnya, Rusia dan China.

Artikel Berkaitan:

Berucap di perkarangan istana Presiden Miraflores, Maduro turut berterima kasih kepada penyokongnya dan pihak tentera yang masih setia. - BBC

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!