Mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 30 orang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 30 orang daripada sembilan keluarga setakat jam 8 pagi Ahad berbanding 33 orang daripada 12 keluarga, petang Sabtu.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, kesemua mangsa itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Cenderawasih, Pendang.

"PPS ini telah diaktifkan sejak 2 November lepas bagi menempatkan mangsa banjir. Sekiranya air surut sepenuhnya, kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Untuk rekod, keadaan cuaca hujan setiap hari dalam tempoh hampir sebulan lepas menyebabkan daerah Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Baling dan Sik mengalami banjir hingga hampir 900 mangsa ditempatkan di PPS. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!