50 pendaki HSK Semangko tanpa permit ditahan

Sebahagian pendaki yang ditahan di HSK Semangko di sini pada Sabtu.
Sebahagian pendaki yang ditahan di HSK Semangko di sini pada Sabtu.
A
A
A

HULU SELANGOR - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menahan seramai 50 individu kerana melakukan aktiviti pendakian tanpa permit sah di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Semangko di sini pada Sabtu.

Pengarah JPNS, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, kesemua pendaki berusia 21 hingga 50 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada jam 8 pagi.

Menurutnya, semua mereka ditahan hasil maklumat awam mengenai aktiviti pendakian besar-besaran yang dianjurkan individu persendirian.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua pendaki melakukan kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit sah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ahmad Fadzil berkata, operasi itu disertai sepasukan 19 pegawai Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor (PHDHS) dan dua anggota polis dari Balai Polis Kuala Kubu Bharu.

"Operasi ini berakhir pada jam 6 petang dan semua individu yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

"Semua ditahan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis, manakala kesalahan memasuki HSK tanpa permit sah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!