Nikah di luar negara: Jaheaik tawar bayaran denda serendah RM10

Che Mohd Rahim pada sidang media di Pejabat Jaheaik, Lundang, Kota Bharu pada Ahad.
Che Mohd Rahim pada sidang media di Pejabat Jaheaik, Lundang, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan (Jaheaik) menawarkan bayaran denda serendah RM10 kepada pasangan di negeri ini yang bernikah tanpa kebenaran di luar negara termasuklah Thailand.

Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, tempoh selama tiga bulan yang bermula pada Ahad itu diberikan kepada pasangan yang bernikah tanpa kebenaran sebelum tahun 2005.

"Langkah itu bertujuan membantu pasangan Islam di negeri ini mengurus permohonan pengesahan dan pendaftaran nikah yang berlawanan dengan Enakmen Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002," katanya semasa sidang media di Pejabat Jaheaik, Lundang di sini pada Ahad.

Menurutnya, hal ini kerana masih terdapat segelintir pasangan di negeri ini yang belum mendaftar perkahwinan mereka di bawah Enakmen tersebut.

Beliau berkata, ia berikutan tidak mengetahui prosedur pendaftaran perkahwinan serta tidak mampu membayar denda yang dikenakan pihak Mahkamah Syariah.

Che Mohd Rahim berkata, Jaheaik akan membantu pasangan terbabit sebaik mungkin bagi memastikan perkahwinan mereka didaftarkan dan kebajikan anak-anak dapat dilaksanakan dengan baik menerusi program Pemutihan Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran: "Sah Nikah Hidup Berkat".

"Kita akan beri pertimbangan sekiranya perkahwinan itu dapat disahkan mengikut syarat, maka kita akan permudahkan. Jika tidak sah, kita akan angkat kepada mahkamah untuk membuat pengesahan.

"Kalau tidak ragu, kita akan minta mahkamah untuk sahkan, jika ada denda pun kita akan urus melalui Biro Sokongan Keluarga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!