Venezuela cuba pecah rekod orkestra terbesar dunia
ANKARA - Seramai 12,000 kanak-kanak dan remaja pada Sabtu mempersembahkan orkestra Slavic March karya komposer Rusia, Pyotr Tchaikovsky dalam usaha untuk memecahkan rekod orkestra terbesar dunia, lapor Agensi Anadolu.
Persembahan kira-kira 10 minit itu dibuat dengan dipantau pengawasan penyelia bebas yang tugasnya mengesahkan bahawa lebih 8,097 instrumen dimainkan secara serentak.
Selain itu, persembahan di Patio de Honor Akademi Tentera di kompleks Fort Tiuna di Caracas tersebut turut ditayangkan secara langsung di YouTube.
Guinness World Records akan menentukan dalam masa 10 hari sama ada rekod dunia berjaya dicipta. Lebih 250 penyelia telah ditugaskan untuk memantau persembahan itu. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!