AS,China tangguh tarif baharu
Rumah Putih berkata cadangan untuk menaikkan tarif barangan China bernilai AS$200 bilion (RM868 bilion) dari 10 kepada 25 peratus yang dijangka berkuat kuasa 1 Januari depan, ditangguhkan selama 90 hari.
“Jika tempoh telah berakhir, dan kedua-dua pihak masih gagal mencapai persetujuan, tarif 10 peratus akan dinaikkan kepada 25 peratus,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan selepas perbincangan antara Presiden Donald Trump dan rakan sejawatnya Presiden Xi Jinping ketika pertemuan di luar sidang kemuncak G20, di sini. - AFP
Kapsyen: Trump dan Xi Jinping serta delegasi masing-masing menghadiri jamuan makan malam di sidang kemuncak G20. - Foto Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!