Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

Anggota APM membantu mengangkat barang milik mangsa banjir di Dewan Cenderawasih, Pendang selepas PPS tersebut ditutup berikutan semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada Ahad. Foto APM Pendang

A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir iaitu Dewan Cenderawasih di Pendang ditutup sepenuhnya pada jam 4 petang pada Ahad selepas 30 mangsa daripada sembilan keluarga dibenarkan pulang.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan banjir sudah pulih.

"Alhamdulilah, PPS terakhir iaitu Dewan Cenderawasih di Pendang ditutup sepenuhnya pada jam 4 petang hari ini.

"Semua mangsa di PPS tersebut seramai 30 mangsa daripada sembilan keluarga telah dibenarkan pulang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah Mohd Muaz, pihaknya menghargai kerjasama daripada semua pihak yang terlibat membantu pihak APM menguruskan mangsa banjir di Kedah sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!