9 individu disyaki pengganas rancang serangan ditahan

Antara suspek pengganas yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM. - Foto Ihsan PDRM
Antara suspek pengganas yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sembilan individu disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas yang merancang untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara.

Tangkapan dibuat bagi tempoh 2 hingga 9 Februari lalu melalui operasi khas yang digerakkan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada dua warga tempatan, enam warga Mesir dan seorang Tunisia.

Menurutnya, operasi dilancarkan setelah pihaknya menerima maklumat risikan daripada beberapa agensi perisikan asing mengenai kehadiran beberapa suspek ‘Foreign Terrorist Fihgters’ yang menganggotai kumpulan pengganas Ansar Al-Shariah Al-Tunisia.

Menurutnya, kumpulan tersebut merupakan gabungan Al-Qaeda yang beroperasi di utara Afrika dan telah disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Antara suspek pengganas yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM. - Foto Ihsan PDRM
Antara suspek pengganas yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM. - Foto Ihsan PDRM

“Hasil siasatan, lima suspek warga Mesir mengaku sebagai ahli Ikhwanul Muslimin yang bertindak sebagai fasilitator dalam menyediakan kemudahan penginapan, pengangkutan, pekerjaan dan membantu membeli tiket penerbangan.

“Operasi ini adalah susulan daripada operasi Bahagian Counter Terrorism pada April dan November tahun lalu di mana dua warga Mesir yang merupakan ahli Ihkwanul Muslimin Mesir ditangkap dan diusir kerana terlibat dengan kumpulan pengganas Islamic State serta Al-Qaeda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Fuzi berkata, pada 2 Februari lalu, PDRM melakukan empat tangkapan berasingan.

“Tangkapan pertama dilakukan di Serian Sarawak melibatkan seorang lelaki Mesir dan dua rakyat tempatan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 54 tahun.

“Tangkapan kedua di Setapak Kuala Lumpur melibatkan seorang lelaki Mesir berusia 42 tahun dan bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah agama di ibu negara.

“Tangkapan ketiga di Bukit Bintang, Kuala Lumpur melibatkan seorang suspek warga Mesir berusia 24 tahun dan merupakan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Lembah Klang.

Antara suspek pengganas yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM. - Foto Ihsan PDRM
Antara suspek pengganas yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM. - Foto Ihsan PDRM

“Tangkapan keempat di Seri Kembangan Selangor melibatkan seorang suspek warga Mesir berusia 28 tahun dan merupakan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di pantai timur,” katanya.

Mohamad Fuzi memberitahu, tangkapan seterusnya pada 4 Februari, di Kuala Lumpur, dua lelaki warga Mesir dan Tunisia berusia 21 dan 22 tahun ditahan dan kedua-duanya tidak bekerja pernah ditangkap pada 2016 ketika cuba menyusup masuk ke sebuah negara Afrika.

“Mereka masuk ke Malaysia menggunakan pasport palsu Syiria dengan tujuan menjadikan negara ini sebagai persinggahan sebelum menyusup masuk ke negara ketiga bagi melancarkan serangan.

“Dan pada 9 Februari di Ampang Selangor, seorang lelaki warga Mesir berusia 50 tahun bekerja sebagai guru Bahasa Arab,” katanya.

Menurutnya lagi, semua suspek telah diusir ke negara asal mereka pada Selasa lalu serta dicadangkan untuk disenarai hitam daripada memasuki Malaysia seumur hidup.

Antara suspek pengganas yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM. - Foto Ihsan PDRM
Antara suspek pengganas yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM. - Foto Ihsan PDRM

“Hasil siasatan mendedahkan elemen ‘Foreign Terrorist Fighters’ cuba menjadikan Malaysia sebagai ‘safe haven’, destinasi transit dan pangkalan logistik dengan cara menyusup masuk ke Malaysia melalui kaedah menggunakan dokumen palsu atau sah, berkahwin dengan rakyat tempatan bagi mendapatkan ‘spouse visa’ mengeksploitasi kemudahan pengajian atau menjalankan perniagaan.

“Penyusupan masuk ‘Foreign Terrorist Fighters’ ke negara ini harus dipandang serius terutamanya setelah kekalahan kumpulan Islamic State di Syiria dan Iraq.

“Kehadiran, mereka di negara ini juga boleh menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk menyerang negara-negara ketiga atau melancarkan serangan di Malaysia,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!